selamat datang

GURU



Guru dipandang sebagai ′modal′ atau ′modal insan′ dan merupakan ′aset tenaga′ yang amat mustahak dalam pembangunan negara,mahupun kemajuan bangsa dan masyarakat. Modal ini perlu digilap, dibangunkan dan diuji bagi menentukan kemampuannya sebelum dimanfaatkan.
Guru-guru di Malaysia harus berasa bangga kerana profession perguruan di Malaysia selalu dipandang mulia oleh masyarakat dan negara. Guru adalah penting dalam pembentukan anak murid supaya mereka memahami peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat dan Negara.
Pembangunan sahsiah adalah berkait rapat dengan seseorang guru. Ramai pendidik percaya bahawa sahsiah guru adalah penting dalam keberkesananguru, dan kajian tampaknya untuk menyokong keyakinan. Sahsiah boleh dianggap sebagaifaktor dalam keberkesanan guru dalam sedikit cara yang sama seperti kemampuan skolastik,pemahaman anak-anak, atau kefasihan lisan.
Profesionalisme seseorang guru bukan semata-mata berkait rapat dengan mutu pendidikan malah penbangunan sahsiah, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran akan seumpama sebuah cermin kepada anak murid kita.  Guru juga perlu sentiasa berfikiran positif dalam menjalankan tugasnya.Sahsiah dan sikap adalah kunci kepada segalanya. Aspek-aspek yang perlu dimiliki oleh seorang guru berkualiti dari segi emosi ialah guru sentiasa menghayati nilai-nilai murni , norma dan Etika Perkhidmatan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan